Sunday, October 10, 2010

Lumpur Toksik Merah di Hungary

LUMPUR toksik merah melitupi sebatang jalan di Devecser kelmarin.


AJKA – Bandar Kolontar di Hungary sunyi seperti sebuah bandar hantu selepas penduduknya dipindahkan semalam berikutan kebimbangan sebuah takungan yang menyimpan bahan buangan toksik berhampiran lokasi tersebut pecah untuk kali kedua.

Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 120 yang lain cedera apabila dinding takungan sebuah loji aluminium pecah pada Isnin lepas.

Kejadian menyebabkan sejumlah 700,000 kubik meter lumpur toksik merah mengalir deras dan membanjiri beberapa buah bandar di barat Hungary.

Jurucakap perkhidmatan pengurusan bencana, Tibor Dobson berkata, pakar-pakar kini bimbang takungan berkenaan bocor sekali lagi.


Sebagai langkah berjaga-jaga, katanya, lebih 800 penduduk Kolontar dipindahkan dengan menaiki beberapa buah bas menjelang subuh semalam.

Menurutnya, selain Kolontar, sejumlah 5,300 penduduk bandar Devecser yang terletak berdekatan, turut diarah bersiap sedia untuk berpindah. – AP Kosmo


Sumber Gambar di bawah : SINI











8 comments:

hazeleyed lady said...

MasyaAllah.
Yang pasti ...suatu yang ttap di ingati pada 10.10.10 ini!

Werdah said...

Salam hazeleyed lady.

Maha Suci Allah. Sesungguhnya Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Anonymous said...

Salam Kak Werdah,

Macam-macam perkara yang tak dijangka berlaku sekarang ini.

Contohnya kemalangan yang berlaku semalam. Tragedi yang sangat menyedihkan dan sayu melihat mayat bergelempangan di jalanraya. Dulu perkara ini kita nampak di tv dan berlaku di negara orang.

Sekarang ni tak ada yang pelik lagi, di Malaysia pun ada ada semua. Semoga Allah selamatkan Malaysia.

Werdah said...

Salam Ani.

Benar Ani, kak ada melihatnya di blog-blog dan dalam surat khabar.

Ngeri sangat melihatnya. Apa-apapun kita berdoa semoga kita tidak terlibat dalam hal-hal seperti ini.

Ya Allah kepadaMu kami berlindung daripada segala bahaya. Amiin.

zulkbo said...

Salam bertandang hari selasa..
apa khabar?Semoga sihat seisi keluarga...

Ayu@Sweetlilcraft said...

Salam Kak,

MasyaAllah, moga lindngi kita dari segala mara bahaya.

Werdah said...

Salam Zulkbo.

Alhamdulillah kami sekeluarga sihat. Semoga sdr Zulkbo sekeluarga juga sihat di sana.Amiin

Werdah said...

Salam Sweetlilcraft

Sesungguhnya Allah berkuasa atas tipa-tiap sesuatu. Semoga kita diberi perlindungan daripada mengalami musibah seperti ini.