Monday, October 18, 2010

Syurga Dijual Allah - Berhati-hatilah wahai orang-orang yang beriman! dengan janjimu.


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala pujian bagi Allah, selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikutnya.

Allah berfirman dalam (at-Taubah [9] : 111) maksudnya:

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar".

Setiap orang yang beriman telah menjual dirinya, jiwanya dan hartanya kepada Allah untuk melayakkannya mendapat syurga.

Setiap orang mesti menggunakan dirinya, jiwanya dan hartanya untuk Allah semata-mata sebab Allah sudah berjanji untuk membayarnya dengan syurga kepada orang-orang yang beriman itu.

Bila diri, jiwa dan seluruh harta kekayaan kita sudah dibeli Allah SWT dengan syurga sebagai bayarannya itu tidak dipergunakan untuk Allah bererti kita sudah membatalkan perjanjian dengan Allah, ertinya syurga tak jadi diserahkan kepada kita.

Berhati-hatilah wahai orang-orang yang beriman dengan janji-janjimu.

Dalam sebuah hadis, dikatakan bahawa syurga itu dijual Allah SWT dengan tauhid, siapa yang tidak bertauhid, tidak layak mendapat syurga.

Sabda Rasulullah saw: "Ketahuilah, tiada seorangpun antara kamu yang boleh masuk syurga dengan amalnya. Para sahabat bertanya: Dan engkau juga tidak wahai Rasulullah? Jawabnya benar, hanya jika Allah melimpahkan rahmatNya kepadaku."


Walaupun demikian jangan disalahertikan, kerana tidaklah dinamakan seorang itu beriman atau bertauhid jika dia tidak beramal dan berbuat menurut kehendak Allah SWT. Jadi orang yang bertauhid tidak mungkin tidak beramal, tetapi mungkin orang yang beramal tanpa bertauhid maka dalam hal ini dia tidaklah akan dimasukkan ke dalam syurga.

Sumber : Hidup Sesudah Mati Karya bey ariffin

10 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Werdah,


Semoga kak Werdah sihat

Mudah2 amal yang dilakukan dengan ikhlas diterima oleh Allah.

Werdah said...

Salam Ani.

Alhamdulillah kak sihat. Terima kasih atas doa Ani.

Mudah2an ya Ani. Kita berusaha sebaik mungkin.

Kakzakie Purvit said...

Salam Kak Werdah,

Alhamdulillah syukur dipertemukan laman yang banyak memberi tazkirah.

Semoga ilmu dan amal seiring dalam mengharungi hidup yang sementara ini.

Werdah said...

Salam Kakzakie.

Terima kasih kerana mengingatkan kak di sini. Risau juga kadang-kadang tu, bila ingatkan ilmu dan amal ni.

aby said...

salam k werdah,
tanda2 tauhid wujud dlm diri klu ade sifat2 ni dlm diri kite.

1, memaafkan .. sentiasa memaafkan org2 yg menyakiti kite.
2, keyakinan terhadap qada dan qadar... sentiasa mnyedari yg ape2 perkara berlaku adalah atas ketentuan allah
3, penghapusan dosa ... menyedari yg musibah menimpa kite adalah sebagai penebus dosa atau kesalahan kite
4, muncul kesedaran terhadap kekurangan diri .... menyedari yg musibah menimpa atas kelalaian diri .. mcm kisah peperangan uhud, kelalaian diri punca banyak tentera islam terkorban.
5, memuji allah bahawa kite adalah yg d zalimi bukan yg menzalimi.

sekadar mencacat beberape tanda2 sifat tauhid.

surah al baqarah 155-157
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

ibuintan said...

salam kak werdah,
semoga segala amal perbuatan kita diterima Allah s.w.t

terima kasih atas perkongsian ilmunya

Werdah said...

Salam aby.

Terima kasih kerana selalu memberi komen menambah pengisian N3 kak.

Mudah2an kita diberi pertolongan oleh Allah agar selalu bermuhasabah dalam mencari kekurangan diri dan menambah amal soleh.

Bertauhid juga bereti kita faham bahaw Allah memberikan nikmat kepada hambaNya sesuai dengan ketetapan dalam kitab takdirNya. Allah berfirman “Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata”. (as-Syura [42] : 27)

Allah Maha Bijaksana.

Werdah said...

Salam ibuintan.

Terima kasih kerana mengingatkan kak di sini. Risau juga kadang-kadang tu, bila ingatkan ilmu dan amal ni.Bimbang tak seiringan dengan apa yang ditulis.

ainhany said...

salam werdah,

muga syurga impian dan kenyataan kita bersama.
Bermuhasabh sendrian apakah cukup pengrbanan diri ini utk menempah pahala di akhirat yg mana ganjarannya syuga...Ohhmasih jauhhh
insyaALLAH info ini satu koreksi buat diri.

TERIMA KASIH

Werdah said...

Salam ainhany.

Kita diberi dua pilihan sahaja iaitu nak syurga atau sebaliknya. Sebaik-baik usaha kita pilih jalan menujuNya, bila kita rancang perjalanan yang menyeronokkan tentu persiapannya pun kena banyak dan mahal.. yang mahal niat kerana Allah semata-mata... mudah2an kita selalu ingatkan diri kita yang selalu terseleweng.