Tuesday, October 12, 2010

Guru Mursyid

Sumber Gambar : Google

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini sempat dengar ceramah bertajuk Guru Mursyid oleh Ustaz Mohd Kazim Elias. Disalin di sini apa yang disampaikan dalam satu bahagian video tersebut.

Yang menentukan kita selamat atau tidak di dalam kubur atau di akhirat ialah:

1) Takwa.
2) Ilmu.
3) Amal.
4) Jihad.

Jika 4 perkara ini betul maka selamatlah kita.

Takwa bermakna takut kepada Allah; siapakah kamu; di manakah kamu; bila takut kepada Allah; Allah jaga kamu.

Ilmu kena dicari. Ada 4 perkara bila nak menuntut ilmu. 4 perkara ini menjadi asas bila nak menuntut ilmu.

1) Peralatan atau kelengkapan.
2) Guru atau pembimbing
3) Masa
4) Hati

Contoh 4 perkara asas ini ialah dalam peristiwa Israk mikraj, nabi menaiki buraq (kelengkapan), Jibril as (guru pembimbingnya), masanya (waktu malam) dan hatinya telah dibersihkan.

Waktu yang paling sesuai untuk menuju Allah SWT atau mengingati Allah ialah pada waktu malam.

Nak menuju kepada Allah hati mesti dibersihkan. Allah tidak terima amalan dari hati yang tidak bersih.

Amalan mesti betul, ikhlas, bertepatan dengan yang disyariatkan.

Kena cari guru mursyid. Kena cari guru yang boleh membimbing kita ke arah yang betul.

Bagaimana nak tahu guru itu mursyid?. Jika terjadi 3 perkara di bawah ini kepada kita selepas kita berguru dengannya itulah guru mursyid.

1) Bila kita belajar dengannya kita berubah daripada seorang yang kedekut menjadi seorang yang pemurah
2) Jika dulu kita seorang yang cabul mulut, bila belajar dgn guru mursyid kita berubah jadi baik, bersopan santun dalam berbicara, tak caci maki orang dan tak cakap kotor.
3) Kita menjadi lebih berakhlak, penyabar, tidak marah-marah, toleransi, bersikap terbuka, berubah daripada bersifat kasar kepada lemah lembut.

Sumber Gambar : Google

Persoalan: Dapatkah kita menjadi guru mursyid kepada anak-anak dan cucu-cucu kita. Kena berusaha bersungguh-sunguh. Mudah2an Allah bantu kita. Ya Allah bantulah kami dalam mengingatiMu, mensyukuriMu dan memperbaiki ibadah kami kepadaMu.

12 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Werdah,

menarik sangat N3 ni.

Kadang-kadang dalam usia yang dan senja ni nak tekankan sangat waktu untuk menuntut ilmu (ilmu agama) kadang susah juga.

Dah plan elok2, tup-tup tak sihat.

Apa pun semoga kita diberi Allah peluang dan kesihatan untuk mencari ilmu.

Ayu@Sweetlilcraft said...

Salam Kak werdah,

Terima ksih utk info ni. Moga kita sentiasa dibekali ilmu hingga ke liang lahad :)

aby said...

salam k werdah,
bagi aby k werdah pun boleh d gelar guru mursyid d blog,
entri2 k werdah dapat d manfaatkan utk beramal ...
semoga k werdah teruskan dgn entri yg sebegini ...

entri yg memberi menfaat kpd pembacenye ..

psl guru mursyid utk anak2 nye ..
aby sekadar mcm guru KAFA jer utk anak2 aby .... mengenal ngaji ..

Cikgu Zam said...

salam kak werdah,
Emm betull tu, saya juga selalu terfikir soal ni, takut sangat dengan alam kubur. bersama lah kita pertingkatkan amal ibadah InsyaAllah, walaupun kite sedar kita adalah manusia yang lemah, tetapi usaha ke arah kebaikan wajib kita kerjakan.
Terima aksih banyak2 juga kerana sudi singgal ke laman sesumur sawah di ladang saya ye.

Werdah said...

Salam Sweetlilcraft

Alhamdulillah, dengan izin Allah jua. Mudah2an Allah mekbulkan doa kita. Amin ya Allah.

Werdah said...

Salam aby.

Rasanya tidak layak dengan gelaran itu.

Apalah sangat N3-N3 yang sekadar mengingatkan diri kak yang entah di mana bila berlaku huru-hara nanti. Terlalu banyak kekurangan diri.

Bagaimanapun tujuan blog inipun memang untuk mendidik diri agar sentiasa ingat, apa yang ditulis mesti jangan jadi seperti lilin membakar diri.. takut sungguh.

Alhamdulillah jadi guru mengaji kepada anak-anak, itulah tanggungjawab yang telah dipenuhi.

Werdah said...

Salam cikgu Zam.

Pagi tadi dengar ceramah di TV9 Tanyalah Ustaz.

Ada diceritakan bahawa Saidina Umat Ibnul Khattab yang begitu ikhlaspun bimbang tak dapat masuk syurga, bagaimana pula kita. Memang takut sangat. Di mana kita kan.

InsyaAllah, kita berusaha dan kita mohon rahmat Allah.

Werdah said...

Salam Ani.

Didoakan agar Ani diberikan kekuatan dan kesihatan.

Ani dan kak lebihkurang sama je, dah senja. Mudah2an Allah limpahkan rahmat buat kita.

InsyaAllah, Allah tahu kemampuan kita, dan diharapkan sudah sedikit sebanyak ilmu yang telah Allah titipkan kepada kita melalui ilham Allah SWT, Maha Suci Allah,

"Dialah Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-'Alaq [96] : 4 - 5)

Kak berpendapat sedikit sebanyak bahawa kita sebenarnya telahpun ada asas pemahaman semasa kita belajar dengan guru-guru kita sebelum ini, kemudian daripada situ kita kembangkan melalui mendengar ceramah dan pembacaan.

InsyaAllah dengan ayat di atas sebenarnya kita boleh bersyukur bahawa Allah yang mengajarkan kita, dia yang menghantar guru-guru buat kita

Dan satu lagi dalam surah as-Syams [91] : ayat 7 hingga 9.

"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; (8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (10)

Kita sedar bahawa Allahlah yang mengilhamkan kepada kita jalan-jalan kebaikan dan kejahatan, dan sungguh beruntung kita yang berusaha menambah bersihkan lagi jiwa kita.

Alhamdulillah kita dah ada kesedaran dan diharapkan Allah memberikan kemudahan berdasarkan kemampuan kita. Bila kita sukar nak ke sana kemari mencarinya kita boleh membaca dan mendengar syarahan daripada CD, youtube,blog-blog yang memuatturunkan ceramah-ceramah ramai ustaz, TV sebab sekarang ni dah banyak rancangan agama di TV jika dibandingkan daripada masa dulu.Bila banyak ikhtilaf kita ambil pendapat jumhur. InsyaAllah mudah2an kita kekal di atas jalan yang lurus.

Mudah2an Ani sentiasa dalam rahmatNya, dihilangkan segala kesakitan dan diberikan ketenangan dalam beribadah. Amiin.

ainhany said...

salam cikgu,

Alhamdulillah tazkirah yg baik di pagi yg mulia ini.
Semuga ALLAH gerakkan hti2 ini mencari ilmu dan menmbah ilmu dan meningkatkan amal dalm hdup.
Guru Murshid pilihan dihati...:)

Werdah said...

Salam ainhany.

Alhamdulillah, Allahumma Amiin.

Anonymous said...

Salam bertemu kembali Kak Werdah,

Terima kasih atas nasihat kak Werdah. Memang dalam kesihatan yang kadang-kadang ok, kadang2 tak ok ni memerlukan semangat dan rasa syukur yang kuat dalam diri.

Bimbang2 keluhan kerana kesakitan menjadikan kita seolah-oleh tidak redha dengan ujianNYA.

Werdah said...

Salam Ani.

Kak memahaminya Ani kerana pengalaman kita agak sama, kadang-kadang timbul perasaan di hati kak seolah-olah berputus asa namun alhamdulillah cepat tersedar semula.

Mudah2an Allah mengampuni kita, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.