Sunday, October 17, 2010

Jalan Ke Syurga vs Jalan ke Neraka


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala pujian bagi Allah, selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikutnya.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal daripada Abdullah bin Mas'ud ra:

Pada suatu hari Rasullullah saw membuat garis lurus di atas pasir lalu berkata: "Inilah jalan Allah, jalan yang lurus." Kemudian baginda membuat banyak garis yang bersimpang siur ke kanan dan ke kiri, ke utara dan ke selatan, lalu berkata ; "Ini semua adalah jalan-jalan syaitan, setiap garis atau jalan itu ada syaitan yang menyeru kepadanya. Kemudian bagindapun membaca ayat al-Quran

وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٲطِى مُسۡتَقِيمً۬ا فَٱتَّبِعُوهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ

yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa. (al-An'am [6] : 153) - Riwayat Ahmad bin Hambal daripada Ibnu Mas'ud.

Dengan alasan tersebut di atas para ulama' berpendapat bahawa jalan ke syurga itu hanya satu, iaitu jalan yang ditetapkan oleh Allah yang dinamai siratul Mustaqim, iaitu ajaran-ajaran Allah dengan perantaran Nabi-nabi dan rasul-rasulNya, sejak nabi Adam as hinggalah Nabi Muhammad saw yang semuanya itu terdapat dalam al-Quran al-karim. Jalan-jalan yang menyimpang daripada ajaran al-Quran dan para Rasul adalah jalan-jalan syaitan dan semuanya menujuk ke neraka.

No comments: