Tuesday, January 4, 2011

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah

Bismillahirrahmanirrahim.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu'anhu dp nabi SAW telah bersabda:

7 golongan manusia yang akan berada di bawah naungan Allah SWT pada hari yg tidak ada naungan kecuali naunganNya.

1)  Pemimpin / imam yang adil.
2)  Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadah kepada Allah.
3)  Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
4)  Dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.
5)  Lelaki yang diajak oleh perempuan yang berkedudukan tinggi dan mempunyai rupa paras yang menawan untuk melakukan maksiat lalu ia berkata; "Aku takut kepada Allah".
6)  Lelaki yang memberikan sedekah dalam keadaan sembunyi hingga tangan kanannya tidak mengetahuinya.
7)  Lelaki yang ingat kepada Allah dalam keadaan sembunyi/tidak diketahui oleh orang lain  sehingga gugurlah air mata daripada kedua matanya.

Hari akhirat pasti berlaku.. alam semesta akan kiamat kerana pasti Allah akan hancurkan. Selepas itu malaikat diperintahkan meniup sangkakala , manusia yang hancur lebur akan dibangkitkan dalam keadaan bertelanjang, menuju ke padang mahsyar untuk menunggu hisab dalam keadaan berpeluh , tenggelam mereka ada paras  tumit, ada paras lutut, paras pinggang, dada, tengkuk dan ada yang tenggelam berenang di bawah panas terik matahari.Sangat lama.

Pada hari yang dahsyat ini 7 orang yang disebutkan di atas akan berada di bawah naungan Allah SWT.

Semuanya dihuraikan dalam you tube di bawah..




4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam Kak Werdah,

Kalau kita melihat 7 golongan itu banyak menjurus kepada kaum Adam. Kalau lihat macam mudah untuk diikuti dan rasanya ramai yg melakukannya. Bagi kita wanita sebenarnya lagi mudah kerana taat kepada Allah dan suami menjadi terasnya.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Benar tu kakzakie, tawaran Allah ni kena disambut dengan penuh keyakinan. Jika tabah dalam ujianNya insyaAllah berjaya.. orang-orang yang beriman akan diuji dalam pelbagai bentuk ujian.. kita wanita untuk dapat syurga rasanya tawarannya lagi mudah, taat kepada Allah dan RasulNya serta taat kepada suami.

Anonymous said...

Salam Kak Werdah,

Semoga akak sihat sejahtera.

Terima kasih kak sudi berkongsi info yang boleh dijadi panduan dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Banyak yang perlu dipelajari.

Kak, Kalau free dijemput akak ambik award di blog saya.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

InsyaAllah kak ke sana ya.. terima kasih kerana ke sini dan mendoakan kak, semoga Ani juga sihat dan beroleh ketenangan.