Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Segala pujia bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia nabi Muhammad, kelurga serta para sahabat dan yang mengikuti baginda hingga ke hari kiamat.
Allah SWT menceritakan kisah seorang bapa yang bernama Luqman adalah bertujuan supaya kita mengambil pengajaran dalam mendidik anak.
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji". Surah Luqman - (12)
Dalam ayat di atas Allah menyatakan bahawa Dia telah mengurniakan hikmah kebijaksanaan kepada Luqman sehingga diberi gelaran sebagai al-Hakim. Untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh itu Allah SWT memberikan garis panduan dalam berinteraksi dan berkomunikasi dengan anak2.
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". (13)
Allah menekankan penggunaan perkataan dalam memulakan nasihat dan pengajaran, jadi Luqman yang diberi hikmah oleh Allah telah menggunakan perkataan "Wahai anak kesayanganku" .. sebelum memberi pengajaran.. justeru itu bapa2 diseru supaya memulakan dengan perkataan dan nada suara yang menunjukkan rasa sayang kepada anak2.. dengan itu anak2 akan memberi perhatian dan seterusnya mendengar dan mematuhi arahan..seandainya bapa2 menggunakan perkataan yang kasar serta nada suara yang tinggi sudah tentu anak2 yang mendengar akan rasa jengkil dan seterusnya arahan bapa tadi tidak dapat diterima.
Bapa2 juga dinasihatkan supaya menekankan ajaran mengikut keutamaan.. dalam ayat di atas juga Luqman menerapkan nilai aqidah iaitu tentang Keesaan Allah..janganlah syirik kata Luqman sambil menyatakan bahawa syirik itu merupakan kezaliman yang besar.. Dengan melakukan syirik bererti manusia tidak mengiktiraf kekuasaan Allah mentadbir alam sendirian.. Allah tidak berkongsi kuasa dengan sesuatupun atau sesiapapun.
"(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi". (16)
Dalam ayat ini Luqman memperkenalkan siapa Allah melalui kebesaran dan kehebatan Allah. Allah Maha Adil dan akan membalas setiap perbuatan manusia .. sama ada baik ataupun jahat.. biar sekecil manapun perbuatan itu..tidak ada siapapun yang akan terlepas daripada balasan Allah kerana semua manusia akan dikembalikan kepada Allah pada hari akhirat nanti.Selepas mengenal Allah barulah Luqman mengajar anaknya bersyukur iaitu dengan berbuat baik kepada kedua ibubapa sebagaimana dalam ayat (14)
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". (14)
Ajarilah anak2 dengan menyingkap kejadian manusia.. bagaimana susahnya ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan.. terangkan juga kepada anak2 bahawa kepada ibupun kita diminta bersyukur inikan pula kepada Allah yang mencipta kita.. dalam masa memujuk anak2 tunduk kepada keAgungan Allah serta berbuat baik terangkan kepada mereka bahawa Allah tidak mendapat apa2 keuntungan sebaliknya merekalah yang beruntung.
Selepas persoalan iman dan syirik Luqman mengajak anak2nya mendirikan solat.. serta melakukan kewajipan syariat yang lain.. seperti menyuruhnya anaknya mengajak orang lain berbuat kebaikan dan mencegak orang lain berbuat mungkar.
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya". (17)
Luqman tidak lupa berpesan kepada anak2nya supaya menjaga akhlak.. iaitu jangan sombong dan bangga diri.. sebaliknya hendaklah lemah lembut sewaktu bergaul dengan orang lain.. ini kerana sombong adalah seburuk2 akhlak dan akan menjauhkan orang daripada dakwah.. sombong adalah sebesar2 dosa dan kezaliman kerana iblis yang sombong menjadi kufur dan dilaknat Allah SWT.
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri". (18)
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (19)
Begitulah Allah SWT merakamkan beberapa keistimewaan dan kebijaksanaan Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak2nya.. ini perlu diteladani para ibubapa.
No comments:
Post a Comment