Tuesday, June 23, 2009

Keistimewaan Al-Fatihah 1

Dalam Shahih Bukhari dan Muslim menerusi hadith Abu Sa'id Al-Khudri, "Beberapa orang sahabat Nabi sedang dalam perjalanan. Mereka singgah di salah satu perkampungan dan hendak bertemu dengan penduduknya, tetapi para penduduk itu menolak untuk menerima mereka sebagai tetamu. tiba-tiba ketua penduduk di situ digigit binatang berbisa. mereka mengusahakan segala sesuatu namun tidak mengahsilkan apa-apa. Sebahagian penduduk berkata: "Cuba kamu temui beberapa orang lelaki tadi. Kemungkinan ada di antara mereka yang pandai mengubat".



Para penduduk di situ mendatangi sahabat dan berkata : "Pemimpin kami disengat binatang berbisa dan kami telah mengusahakan segala sesuatu, tetapi gagal semuanya. Adakah salah seorang di antara kamu yang pandai mengubat?" Salah seorang daripada sahabat Nabi menjawab: "Ya, saya boleh meruqyah, tetapi tadi kami minta menjadi tetamu kamu dan kamu menolaknya. Aku tidak akan mengubatnya melainkan kamu memberi upah".


Penduduk kampong berjanji akan memberi kepadanya 30 ekor kambing sebagai hadiah. Lalu sahabat Nabi datang, meludahi tempat terkena bisa sambil membaca al-Fatihah. Tiba-tiba orang itu terus berdiri seolah-olah baru terlepas daripada ikatan.Dia bangun dan berjalan seolah-olah tak pernah sakit. Akhirnya mereka memenuhi janji dengan memberikan kambing2 kepada sahabat2. Sahabat2 berkata kepada yang lain: "Mari kita bahagi sama rata". Orang yang meruqyah itu berkata :"Jangan lakukan sesuatu sebelum kita berjumpa Rasulullah. biar kita beritahu baginda dan kita lihat apa yang akan baginda katakan nanti".


Pergilah mereka menemui Rasulullah SAW dan menceritakan kepada baginda segala hal yang telah berlakau. Baginda bertanya: "Daripada manakah kamu tahu bahawa surah Al-Fatihah itu adalah ruqyah?. Baginda melanjutkan : "Kamu bertindak benar. Bahagi-bahagikan kambing-kambing itu dan berikan kepadaku satu bahagian".ditakhrij oleh At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad.


Ibnu Majah meriwayatkan menerusi hadith Ali, berkata: Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik ubat ialah Al-Quran".


Allah juga berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 82 bermaksud:


Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (82)


Begitu juga dalam surah Al-Fath akhir ayat 29 yang bermaksud (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (29)


Sahabat2 Nabi adalah orang2 yang beriman dan yang beramal soleh. Manakala surah Al-Fatihah pula mengandungi pelbagai makna yang tercakup dalam kitab-kitab Allah dan meliputi dasar-dasar dari Asma Allah yakni Allah, Ar-Rab, Ar-Rahman, Ar-Rahim serta ketetapan hari pembalasan.


Surah ini menyatakan betapa berhajatnya seorang hamba Allah untuk memohon pertolongan hanya kepadaNya. Memohon petunjuk supaya dapat mematuhi suruhanNya dan menjauhi laranganNya serta berjalan lurus di atas yang meliputi kesempurnaan makrifatullah.


Amalkan surah ini bagi memohon daripada Allah kerana surah ini adalah dialog kita secara langsung tanpa melalui perantaraan..

No comments: