Wednesday, June 3, 2009

Kisah Penjaga Kunci Ka'abah


Dirawayatkan bahawa Usman bin Tolhah al-Hajabi adalah seorang penjaga Ka'abah.. Ketika Rasulullah SAW berjaya menakluki Kota Mekah, baginda dapati pintu Ka'abah dikunci oleh Usman .. lalu baginda meminta kunci itu.. dan diberitahu kuncinya ada di tangan Usman.. Baginda pun meminta kunci daripada Usman tetapi dia enggan menyerahkan kunci itu.. Lalu datang saidina Ali bin Abu Talib memulas tangan Usman dan mengambil kunci.. seterusnya membuka pintu Ka'abah.. Masuklah Rasulullah SAW ke dalamnya dan mendirikan solat dua raka'at.. setelah baginda keluar datanglah Abbas bin Abdul Mutalib iaitu bapa saudara Nabi.. meminta kunci itu diserahkan kepadanya bagi urusan memberi minum air zamzam kepada pengunjung Ka'abah dan merangkap menjaga Ka'abah.. lalu Allah turunkan ayat (58) surah An-Nisaa'

إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦۤ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرً۬ا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (58)

Selepas itu Rasulullah SAW memanggil Saidina Ali lalu menyuruhnya mengembalikan kunci itu kepada Usman dan seterusnya memohon maaf kepadanya.. lalu saidina Ali memperlakukan apa yang disuruh oleh Rasulullah SAW itu.. Usman kehairanan lalu bertanya kepada saidina Ali: "Engkau tadi telah mengasari aku dan sekarang berlembut pula" .. dijawab oleh saidina Ali:"Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan ayat al-Quran mengenai perihal engkau lalu dibacakan ayat di atas..

Usman mendengar penjelasan saidina Ali dan ayat tadi.. beliau pun mengucap dua kalimah syahadah.. diapun memeluk Islam.. dan kunci Ka'abah diserahkan kepadanya sehingga dia meninggal dunia.. selepas itu kunci itu diserahkan kepada saudaranya yang bernama Syaibah.. jadilah kunci dan penjagaan Ka'abah itu satu amanah .. dan amanah itu diwarisi oleh anak cucu Syaibah turun temurun hingga ke hari kiamat..

Perintah menyampaikan amanah itu ditujukan oleh Allah SWT kepada semua orang mukallaf.. manakala amanah itu terdiri daripada:
  1. Amanah yang berhubungkait dengan Allah SWT.. iaitu menunaikan perintahNya dan meninggalkan laranganNya
  2. Amanah yang berkaitan dengan diri sendiri.. seperti menjaga segala anggota tubuh badan yang dikurniakan Allah SWT .. lidah dijaga supaya jangan berbohong, mengumpat, mencaci cela, mengancam dan lain-lain.. telinga dijaga supaya tidak mendengar perkara yang keji dan berita yang dusta.. mata dipelihara daripada melihat yang haram.. begitulah anggota lain yang diamanahkan kita menjaganya.
  3. Amanah yang ada kaitannya dengan hubungan sesama manusia.. seperti mengembalikan hak kepada yang empunya hak.. kewajipan ketua kepada anak buahnya.. pemimpin kepada rakyat.. suami kepada isteri.. guru kepada murid dan sebagainya.
Jangan sampai amanah itu dikhianati,

Sabda Rasulullah SAW:

"Tunaikan amanah itu kepada orang yang telah memberi kepercayaannya kepada kamu, dan janganlah berkhianat kepada orang yang berkhianat kepadamu".

Sabda Rasulullah SAW yang lain :

"Tiada beriman seseorang selagi tidak amanah dan tidak beragama selagi tidak memegang janji"

Seterusnya dalam ayat tadi Allah menyuruh kita "Jika kamu menghukum antara manusia hendaklah menghukum secara adil"

Menghukum secara adil ini memerlukan:
  1. Pemahaman yang benar2 tentang pendakwaan baik bagi pendakwa mahupun yang didakwa.
  2. Perasaan tidak berat sebelah.
  3. Pengetahuan hukum syarak iaitu berdasarkan al-Quran, hadis dan ijmak ulama'.
  4. Pengadil yang berkebolehan dalam jurusan penghakiman.
Dan orang2 Islam itu diperintahkan supaya berlaku adil dalam hukuman, perbuatan, tutur kata dan budi pekerti.

"Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik yang mengajar kamu akan perkara tersebut.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Melihat"

Perintah menyampaikan amanah dan menghukum dengan adil ini merupakan pengajaran daripad Alllah SWT yang sangat baik.. akan mendatangkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. dan Allah mendengar serta melihat apa yang kita buat.. yakni menghukum dengan adil atau tidak dan menunaikan amanah kita sebaiknya atau mengkhianatinya.

Rujukan:Tafsir al-Quran Ahmad Sonhadji Mohamad

No comments: