Sunday, January 23, 2011

Menyambut Tetamu Terakhir


Bismillahirrahmanirrahim.

Tahukah siapa tetamu terakhir yang akan mengunjungi kita? Tahukah anda apa tujuan ia menziarahi dan menemui kita? Apakah hajatnya dari kita?

Ketahuilah! Ia tidak datang kerana dahagakan hartamu, atau kerana ingin menikmati hidangan lazat bersamamu, atau meminta bantuanmu untuk membayar hutangnya, atau memintamu memberikan sokongan kepada seseorang atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu ia selesaikan!!

Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. Anda dan keluarga anda malah seluruh penduduk bumi ini tidak akan mampu menggagalkannya dalam misinya tersebut!

Walaupun anda tinggal di istana-istana yang tinggi, berlindung di benteng-benteng yang kukuh dan di menara-menara yang kuat, dikawal dengan ketat, anda tidak dapat mencegahnya masuk untuk menemuimu dan menunaikan urusannya denganmu!!

Untuk menemuimu, ia tidak perlu pintu masuk, atau meminta izin, dan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang. Ia akan datang bila-bila dan dalam keadaan apapun; ketika kamu sedang sibuk ataupun lapang, sedang sehat ataupun sedang sakit, semasa kamu masih kaya ataupun sedang melarat, ketika kamu sedang bemusafir atau pun tinggal di tempatmu!!

Saudaraku! Pengunjungmu ini tidak memiliki hati yang lemah. Ia tidak akan terpengaruh oleh ucapan-ucapan dan tangismu bahkan oleh jeritanmu dan sahabat-sahabat yang menolongmu. Ia tidak akan memberimu kesempatan untuk menilai semula perhitungan-perhitunganmu dan meninjau kembali urusanmu!

Kalau pun kamu berusaha memberinya hadiah atau menyogoknya, ia tidak akan menerimanya sebab seluruh hartamu itu tidak bererti apa-apa baginya dan tidak membuatnya mundur dari tujuannya!

Sungguh! Ia hanya menginginkan dirimu saja, bukan orang lain! Ia menginginkanmu semuanya bukan separuh badanmu! Ia ingin membinasakanmu! Ia ingin kematian dan mencabut nyawamu! Menghancurkan raga dan mematikan tubuhmu! Dia lah malaikat maut!!!

Allah SWT berfirman, ertinya:

“Katakanlah, ‘Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.” (As-Sajadah [32] : 11)

Dan firman-Nya, ertinya:

“Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya) ” (Al-An’aam [6] : 61)

Tahukah kamu bahawa kunjungan Malaikat Maut merupakan sesuatu yang pasti? Tahukah kamu bahawa kita semua menjadi musafir di tempat ini? Sang musafir hampir mencapai tujuannya dan mengekang kenderaannya untuk berhenti?

Tahukah kamu bahwa pusingan kehidupan hampir akan terhenti dan ‘kenderaan usia’ sudah mendekati destinasi terakhirnya? Sebahagian orang soleh mendengar tangisan seseorang atas kematian temannya, lalu ia berkata dalam hatinya, “Aneh, kenapa ada kaum yang akan menjadi musafir menangisi musafir lain yang sudah sampai ke tempat tinggalnya?”

Tahukah kamu bahwa kunjungan Malaikat Maut kepadamu akan mengakhiri hidupmu? Menyudahi aktivitimu? Dan menutup lembaran-lembaran amalmu?

Tahukah kamu, setelah kunjungan-nya itu kamu tidak akan dapat lagi melakukan satu kebaikan pun? Tidak dapat melakukan shalat dua raka’at? Tidak dapat membaca satu ayat pun dari kitab-Nya? Tidak dapat bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, beristighfar walau pun sekali? Tidak dapat berpuasa walaupun sehari? Bersedekah dengan sesuatu meskipun sedikit? Tidak dapat melakukan haji dan umrah? Tidak dapat berbuat baik kepada kerabat atau pun tetangga?

‘Kontrak’ amalmu sudah berakhir dan engkau hanya menunggu perhitungan dan pembalasan atas kebaikan atau keburukanmu!!

Allah s.w.t. berfirman, ertinya:

"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)” (Al-Mu’minun [32] : 99 -100)

Oleh itu mana persiapanmu untuk menemui Malaikat Maut? Mana persiapanmu untuk menyongsong huru-hara setelahnya; di alam kubur ketika menghadapi pertanyaan, ketika di Padang Mahsyar, ketika hari Hisab, ketika ditimbang, ketika diperlihatkan lembaran amal kebaikan, ketika melintasi Shirath dan berdiri di hadapan Allah Al-Jabbar?

Daripada ‘Adi bin Hatim ra  berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak seorang pun dari kamu melainkan akan diajak bicara oleh Allah pada hari Kiamat, tidak ada penterjemah antara dirinya dan Dia, lalu ia memandang yang lebih beruntung darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah diberikannya dan memandang yang lebih sial darinya, maka ia tidak melihat selain apa yang telah diberikannya. Lalu memandang di hadapannya, maka ia tidak melihat selain neraka yang berada di hadapan mukanya. Kerana itu, takutlah api neraka walau pun dengan sebelah biji kurma dan walau pun dengan ucapan yang baik.” (Muttafaqun ‘alaih)

Oleh itu bermuhasabahlah ke atas dirimu di saat masa lapangmu, fikirkanlah betapa cepat akan berakhirnya masa hidupmu, bekerjalah dengan sungguh-sungguh di masa lapangmu untuk masa sulit dan keperluanmu, renungkanlah sebelum melakukan suatu pekerjaan yang kelak akan dicatit di lembaran amalmu.

Di mana harta benda yang telah kau kumpulkan? Apakah ia dapat menyelamatkanmu dari cubaan dan huru-hara itu? Sungguh, tidak! Kamu akan meninggalkannya untuk orang yang tidak pernah menyanjungmu dan maju dengan membawa dosa kepada Yang tidak akan bertolak ansur denganmu!

Sumber : Buku Malam Pertama di Syurga oleh Adil Akhyar SH LL.M

Klik untuk Malam Pertama Dijemput Tetamu Terakhir

12 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Tetamu yang satu ini, disukai atau tidak dia tetap datang menemui kita.

Semoga Allah memudahkan segalanya dalam hidup kita termasuk ketika dikunjungi tetamu ini.

Kakzakie Purvit said...

Salam Kak Werdah,

Kedatangan tetamu yg satu ini memang pasti dan tidak dapat dielak kerana tetemu yg satu ini tidak pernah engkar dari tanggungjawabnya dan tidak pernah gagal melunaskan perintah Allah.

Bersedia sentiasalah kita...

Cikgu Zam said...

salam kak,
bersama kita berdoa semoga segala urusan kita di sana kelak akan dipermudahkan dan ditempatkan di tempat yang baik, Amin Amin Amin,

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Alhamdulillah kak sihat.. semoga Ani juga sihat.

Ya, semoga kita mendapat husnul khotimah dan semoga dipermudahkan.. amiin

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Sungguh gerun mengingatkan ini.. tiada tempat lagi nak larikan diri..

Werdah said...

wa'alaikumussalam cikguzam

ya sungguh kita kena berusaha.. semoga doa kita Allah mekbulkan.. Allahumma amiin.

aby said...

salam k werdah,
bair lah 2 kalimah syahadah yg jelas dan terang mengiringi kita ketika kite pergi bersama tetamu istimewa tersebut....
amin ...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Ya, semoga segala usaha kita membentengi diri dipermudahkan.. dan mendapat kesuadahan yang baik.. Allahumma amiin

Unknown said...

salam,gerun juga la...sy ni banyak dosa,..aduh....semoga Allah ampun dosa saya...

p/s:Saya memerlukan komentar dan pandangan berkaitan dengan artikel baru yang saya tulis di blog saya.Mungkin saudari mempunyai pandangan dan komentar yang berbeza dengan saya dan diharapkan sama2 kita berkongsi pandangan dan komentar itu kearah kebaikan.Sekian terima kasih.

Werdah said...

Salam Anak Pendang Sekeluarga

Mudah2an kita sentiasa mohon ampun dan bertaubat..

InsyaAllah akan ke sana nanti...

pensel kayu said...

Allahu ALLAH, moga diharamkan diri kita dari api neraka..

Werdah said...

Assalamu'alaikum محمد زهراوي

Allahumma amiin