Wednesday, October 14, 2009

Suasana Alam Akhirat (28) - Surah Al-Qasas ( Pelbagai cerita/kisah)

Assalamu'alaikum,

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Hari ni sambung ttg Suasana Alam Akhirat spt dalam surah al-Qasas.

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke Neraka (dengan kekufurannya) dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan. (41) Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini dan pada hari kiamat pula adalah mereka daripada orang-orang yang tersingkir (daripada rahmat Kami) dengan sehina-hinanya. (42)

Di sini Allah menyebutkan perkara yg membawa akibat buruk kpd para pemimpin dan menyebabkan mereka disiksa di dalam neraka. Allah menceritakan ttg Firaun bersama kaumnya sebagai pihak yg memerintah yg menyesatkan kaumnya lalu kaumnya juga turut terheret menerima balasan azab daripada Allah. Allah jadikan Firaun berkuasa tetapi Firaun adalah raja yg zalim mengaku dirinya Tuhan, dan org2 yg mengikutnya juga suka kepada kejahatan dan kufur kpd Allah. Firaun dan kaumnya ini bukan sahaja engkar kpd Allah dan rasulnya tetapi mereka juga berusaha menyesatkan org lain dgn menggalakkan melakukan maksiat dan derhaka kpd Allah. Oleh itu mereka ini akan mendapat dua balasan siksa, pertama krn sesat, kedua krn menyesatkan. Mereka ini akan mendapat balasan dan penghinaan. Semasa di dunia mereka ini gagah perkasa, hebat2 tetapi di akhirat mereka dalam keadaan yg amat jelek.

Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya: Mana dia sekutu-sekutuKu, yang kamu anggap mereka (menjadi tuhan dan dapat memberikan pertolongan)? (62)

Pada hari kiamat kelak org2 kafir yg menyekutukan Allah akan ditanya: "Di manakah tuhan2 kamu daripada jenis malaikat, jin, bintang2 di langit, patung2 berhala yg kamu dakwakan sebagai sekutu dgnKu krn kamu memujanya? Mereka ini ialah pemimpin2 dan org2 yg disesatkan oleh mereka.

Mereka yang berhak menerima hukuman (azab Neraka) berkata: Wahai Tuhan kami, inilah mereka yang kami menyebabkan kesesatannya, kami menyebabkan mereka sesat (dengan pilihan mereka sendiri) sebagaimana kami telah sesat (dengan pilihan kami sendiri); (dengan ini) kami mengakui kepadaMu bahawa kami berlepas diri (dari kekufuran mereka). Bukanlah Kami yang mereka puja dan taati, (bahkan mereka hanya memuja dan mentaati hawa nafsu mereka sendiri). (63)

Para pemimpin yg menyesatkan dan ketua2 penyeru kpd kekufuran, yg sudah jelas akan mendpt hukuman utk dimasukkan ke neraka, akan menjawab; "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya org2 yg menjadi pak turut ini telah kami sesatkan; sebenarnya mereka menjadi pak turut dgn kemahuan mereka sendiri, mereka yg berkehendak supaya kami menyesatkan mereka sebagaimana kami yang tersesat". Kemudian mereka berkata lagi; "Kami berlepas diri daripadamu!", iaitu ketua2 ini tidak mahu bertanggungjawab kepada pengikut2 mereka. Mereka menyatakan bhw org2 yg tersesat itu adalah disebabkan mereka menurut hawa nafsu mereka.

Ayat ini sama maksudnya dgn ayat 166 surah al-Baqarah:

(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. (166)

Dan dikatakan (kepada mereka): Panggillah makhluk-makhluk dan benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah (untuk menolong kamu). lalu mereka memanggilnya, tetapi makhluk-makhluk dan benda-benda itu tidak menyahut panggilan mereka; dan mereka tetap melihat azab (dengan merasa sesal) serta bercita-cita kalaulah mereka di dunia dahulu menurut petunjuk. (64)

Di Akhirat nanti akan dikatakan kpd mereka (ketua dan pengikut); "Panggillah mereka supaya dapat menolong kamu melepaskan diri dp siksaan". Lalu mereka memanggilnya tetapi tiada yg menyahut panggilan mereka. Mereka melihat siksaan yg menanti lalu berkhayal; "Alangkah baiknya jika aku dahulu semasa berada di dunia menurut segala ajaran Allah".

Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya: Apa jawab kamu kepada Rasul-rasul yang diutus kepada kamu dahulu? (65) Maka gelaplah kepada mereka, pada hari itu, segala khabar berita dan peristiwa (yang telah lalu), serta menjadilah mereka tidak dapat hendak bertanya-tanyaan sesama sendiri. (66)

Ditanya pula oleh Allah; "Bagaimana sikap kamu terhadap rasul2 yang Kuutuskan?". Mereka tetap tidak dapat menjawab dan tidak pula bertanya2 sesama mereka. Ini menunjukkan betapa lemahnya mereka.

Dan (ingatlah) pada hari (kiamat), Allah akan menyeru mereka lalu bertanya: Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu sifatkan mereka (menjadi tuhan dan dapat memberikan pertolongan)? (74)

Dalam ayat di atas ini diulang lagi bahawa nanti di akhirat, Allah akan menanyakan kepada org2 yg menyekutukan Allah semasa di dunia; "Di manakah sekutu2 kamu yang kamu sifatkan sebagai penolong kamu?". Pada hari itu Allah menyuruh mereka memanggil patung2 atau apa sahaja yg mereka anggap sebagai tuhan mereka, kemudian diminta supaya mereka meminta pertolongan utk melepaskan diri dpd azab neraka.

Dan (pada hari itu) Kami keluarkan dari tiap-tiap umat seorang saksi, lalu Kami katakan (kepada golongan yang kafir): Bawalah keterangan dan bukti kebenaran kamu. Maka (pada saat itu) ketahuilah mereka bahawa kebenaran (hak ketuhanan) itu tertentu bagi Allah dan (dengan itu), hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan secara dusta dahulu. (75)

Semasa di dunia org2 yang menyembah berhala dan menyekutukan Allah dan org2 yg kufur/ engkar dan mendustakan Allah, telah diutuskan rasul . Di akhirat mereka akan dipisahkan dgn nabi2 dan rasul2 yg diutuskan kpd mereka lalu menjadikan nabi2 dan rasaul2 itu sebagai saksi terhadap perbuatan mereka semasa di dunia. Mereka diminta membuktikan adakah semasa di dunia mereka menolak ajaran nabi dan rasul. Apabila diminta bukti tentunya mereka tidak dapat menjawabnya. Sudah jelas bahawa perbuatan mereka adalah salah.

Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (83).

Ayat sebelum ini menerangkan sifat org2 yg sombong. Lalu dalam ayat di atas ini Allah menerangkan bahawa kepada org2 beriman dan tidak sombong serta tidak mencari pengaruh , serta tidak berbuat kerosakn di dunia Allah tempatkan di syurga. Di sini Allah berikan contoh supaya tidak mengikut jejak langkan Firaun dan Qarun yg sombong dan melakukan kerosakan di muka bumi. Org2 yg bertakwa Allah janjikan syurga yg di dalamnya disediakan kenikmatan2 yg tak pernah dilihat dan dirasa semasa di dunia.

Begitulah serba sedikit gambaran yg dapat dirasai melalui ayat2 dalam surah al-Qasas ini. Semoga kita dapat memelihara diri kita daripada terjerumus ke dalam api neraka.. wal'iyazubillah.

No comments: