Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah sekelian alam; selawat serta salam kpd Nabi Muhammad dan keluarga serta para sahabat yg mulia.
Sekarang sambung ttg suasana alam akhirat iaitu alam sebaik sahaja berlaku kiamat spt yg Allah gambarkan dalam QalamNya dalam surah Hud (Surah 11) ayat2 berikut:

Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan Nabi Musa dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami dan bukti (mukjizat) yang nyata; (96) Kepada Firaun dan kaumnya; lalu kaum Firaun menurut perintah Firaun, sedang perintahnya itu bukanlah perintah yang betul. (97) Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat kemudian tetaplah dia akan membawa mereka masuk ke Neraka dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki ialah Neraka. (98) Dan mereka diiringi oleh laknat yang tidak putus-putus di dunia ini dan pada hari kiamat. (Sebenarnya) laknat itu adalah seburuk-buruk pemberian yang diberikan. (99) Yang demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya yang dapat disaksikan) dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap). (100)
Allah menceritakan kepada Nabi Muhammad kisah Nabi Musa as . Allah mengutus Nabi Musa kpd Firaun, pembesar2nya dan kaumnya; supaya mereka ini tidak menyengutukan Allah. Nabi Musa diutus berbekalkan 9 mukjizat spt yg diterangkan ayat 101 surah al-Isra' :Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Nabi Musa sembilan mukjizat yang jelas nyata (membuktikan kebenarannya); maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada Bani Israil (tentang itu): Ketika Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya (serta menunjukkan mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya: Sesungguhnya aku fikir, engkau ini wahai Musa, seorang yang terkena sihir (al-Isra' [17] : 101) .. dan juga dalam ayat 133 surah al-A'raf : (Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan dan belalang, dan kutu dan katak dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka. (al-A'raf [7] : 133)
Allah telah memberikan bukti yg terang ttg kerasulan Nabi Musa, namun pembesar2 Mesir tatkala itu lebih takut kpd Firaun. Mereka akur kpd Firaun yg memerintahkan mereka supaya tidak mengikut ajaran Nabi Musa. Lalu Allah menerangkan bahawa di akhirat nanti Firaun akan mengepalai/berjalan mendahuli kaumnya menuju ke neraka, sama seperti keadaan mereka semasa di dunia mereka mengikut daripada belakang ketika Firaun mengejar Nabi Musa menyeberang laut lalu semuanya tenggelam. Semasa di dunia mereka ditimpa laknat, demikian juga di akhirat kelak. Begitulah sejarah yg diterangkan Allah kpd Nabi Muhammad saw, sebahagian tanda2 sejarah Firauan ini masih Allah tinggalkan dan sebahagiannya Allah lenyapkan.
Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka. (101) Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya. (102) Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk. (103)
Allah menerangkan bahawa semua kisah sejarah yg menyedihkan ini bukanlah mengambarkan bahawa Allah hendak menginayai kaum2 Firaun bahkan Allah menerangkan bahawa merekalah yg menginayai diri mereka sendiri. Bila datang balasan Allah, tidak ada satupun berhala atau tuhan lain yg mereka sembah dapat menolong mereka; bahkan dgn menyembah tuhan2 lain yg melainkan Allah menyebabkan mereka kerugian. Allah menurunkan bencana kepada kaum2 yg menderhaka adalah supaya manusia dapat mengambil iktibar supaya manusia akan takut dengan azab Allah pada hari akhirat kelak; iaiatu hari semua makhluk akan dihimpunkan dan dibuar perhitungan serta diberi balasan.
Dan tiadalah Kami lambatkan hari kiamat itu melainkan untuk suatu tempoh yang tertentu. (104) (Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia. (105) Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam Nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai). (106) Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. (107) Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus. (108)
Allah mengatakan bahawa hari kiamat itu tidak akan diundurkan tempoh dan saatnya. Kiamat akan terjadi tepat pada masa yg telah ditentukan dan tidak ada siapa yg tahu bila akan berlaku hari kiamat.
Bila berlaku kiamat, pada hari itu sekelian makhluk akan berdiam diri, tidak seorangpun berkata2 keculai jika diizinkan Allah. Tentang ayat 105 ini jika ada yg bertanya mengapa ada ayat lain dlm surah an-Nahl ayat 111 bermaksud : ".. hari tiap-tiap diri datang membela dirinya semata-mata.. (al-An'am [16] : 111) begitu juga ttg bantahan org2 kafir dlm surah al-An'am ayat 23 :Kemudian tidaklah ada akibat kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). (al-An'am [6] : 23).
Bagi menjawabnya: Bahawa hari akhirat itu amat panjang. Keadaan2 yg berlaku pada hari itu juga berlainan dan bermacam2 pula. Ada dalam keadaan amat menakutkan hingga tak dapat berkata2 dan ada juga keadaan yg membolehkan mereka berkata2.
Ada sesetengah kaul menyebtkan ttg :tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. ini ialah berkata2 untuk memohon syafaat atau pertolongan jika Allah izinkan.
Pada hari akhirat, manusia terbahagi kpd 2 golongan, satu GOLONGAN CELAKA dan satu lagi GOLONGAN BAHAGIA. Yang celaka amat malang dan bahagia amat beruntung. Org celaka ialah org semasa di dunia ingkar suruhan Allah serta berbuat maksiat, manakala golongan bahagia mereka dipermudahkan Allah dlm sgl ibadah. Org celaka dimasukkan ke neraka manakal org bahagia dimasukkan ke syurga. Org celaka akan menjerit2 dan memekik dalam neraka manakala org bahagia akan berbahagia. Kedua2 golongan ini dan kekal di dalamnya.
Kecuali jika Allah menghendaki sebahagian daripada ahli neraka keluar daripadanya lalu dimasukkan ke syurga dengan syafaat. Menurut hadis daripada Jabir bahawa Nabi Muhamad saw telah bersabda maksudnya :"Sesungguhnya Allah mengeluarkan suatu kaum daripada neraka dengan syafaatnya dan mereka dimasukkan ke dalam syurga"
Sesungguhnya Allah akan melaksanakan apa saja yang dikehendakiNya.

No comments:
Post a Comment