Sunday, October 4, 2009

Suasana Alam Akhirat (27) - Surah An-Naml ( Semut)

Assalamu'alaikum,

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Di sini dicatatkan suasana alam akhirat seperti yg digambarkan dalam Surah An-Naml ayat 82 hingga 90.

Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. (82)

Allah memberitahu bahawa pada ketika manusia telah banyak yang rosak akhlak, budi serta perangainya krn menyalahi perintah dan larangan Allah dan sesetengahnya pula menukar-nukar peraturan agama, yang benar digantikan dengan yang palsu semata2 hendak disesuaikan dengan dgn kehendak nafsu maka Allah menjatuhkan hukuman ke atas mereka dengan membahasakan
وَإِذَا وَقَعَ ( sudah dekatnya saat kiamat).

Allah menyatakan bahawa salah satu daripada tanda-tanda kiamat itu ialah munculnya sejenis binatang yang keluar daripada bumi. Binatang itu boleh berkata2 untuk memaklumkan kepada manusia bahawa ramai benar manusia yang sudah tidak percaya akan keterangan2 Allah. Ini melambangkan bahawa binatang pun sudah mulai pandai mencaci manusia krn buruknya perangai manusia.

Dan (ingatlah) hari Kami himpunkan dari tiap-tiap umat sekumpulan besar orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. (83) Sehingga apabila mereka datang (ke tempat pengadilan), Allah Taala berfirman: Adakah kamu mendustakan ayat-ayat keteranganKu dengan tidak lebih dahulu kamu mengetahuinya secara meliputi? Atau apakah yang kamu telah lakukan? (84)

Pada hari kiamat nanti Allah akan himpunkan manusia yang mendustakan keterangan2 Allah
di padang Mahsyar, kepada beberapa kumpulan mengikut kurun dan zamannya, mereka dikumpulkan dalam keadaan hina dan akan ditahan pula untuk tempoh yang lama untuk disoal dan dihitung sgl amalan semasa di dunia. Saat itulah saat yg paling menggemparkan dan menggerunkan. Merka nanti apabila dtg di hadapan Allah dalam mahkamah pengadilan, mereka akan dicaci dan dicela; mengapakah kamu mendustakan keterangan2 AKU yang menjanjikan hari akhirat seperti ini sedangkan pengetahuan kamu amat terbatas. Atau apakah yg kamu kerjakan tanpa memikirkan terlebih dahulu sebaik2nya sebelum mendustakan?

Dan jatuhlah hukuman atas mereka (dengan azab) disebabkan kezaliman mereka (berlaku kufur ingkar), lalu mereka diam membisu. (85)

Sudah sampailah masanya hukuman Allah dijatuhkan ke atas mereka yg mendustakan keterangan2 Allah, dan disebabkan kesalahan (kezaliman) mereka itu, mereka tidak tidak dapat
bercakap untuk memberikan hujah2 mempertahankan diri mereka. Mereka diam membisu dan itulah hukuman berupa kemurkaan dan kebncian Allah kpd mereka di samping mereka akan mendapat siksaan yg pedih.

Keterangan ini sama dengan ayat 35 surah al-Mursalat yang bermaksud:
"Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan)".

Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. (86)

Allah memberikan dalil tentang kekuasaanNya iaitu Allah menarik perhatian org2 yg mendustakan keteranganNya itu supaya melihat, memikirkan dan merenung sedalam2nya apa maksud serta tujuan Allah menjadikan alam ini dgn mengadakan giliran malam dan siang yg datangnya silih berganti.

Malam yang gelap dan siang yang cerah ini dijadikan sebagai dalil adanya hari akhirat. Apabila seseorang berada di tempat yang gelap orang itu tidak dapat melihat apa2, kemudia apabila datang siang yang cerah orang akan dapat melihat apa yang ada di sekelilingnya. Jadi selama kita hidup di dunia kita tidak akan dapat melihat masalah2 ghaib sebagaimana kita tidak dapat melihat barang2 ketika waktu gelap, tetapi pasti barang itu tetap berada di situ. Demikianlah pula adanya hari akhirat yg merupakan perkara ghaib yg wajib diimani.

Dan (ingatkanlah) hari ditiup sangkakala, lalu terkejutlah (gerun gementar) makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. (87)

Seterusnya Allah mengingatkan: Ingatlah pada saat kiamat itu datang malaikat Israfil meniupkan sangkakala, menjadi takutlah semua yang berada di langit dan bumi disebabkan hebatnya tiupan itu (takut krn menyaksikan kehancuran dunia serta takut akan mendapat siksaan yang mengerikan). Lalu mereka semuanya mati.

إِلَّا مَن شَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ kecuali mereka yang dikehendaki Allah ini ialah mereka yang ditetapkan hatinya oleh Allah yang sentaiasa tenang.

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Bahawasanya Rasulullah saw apabila ditanya ttg firman Allah إِلَّا مَن شَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ maka jawab baginda: "Mereka yg dikecualikan itu ialah para syuhada' (yg mati syahid dalam peperangan melawan org2 kafir).

Dalam firman Allah وَكُلٌّ أَتَوۡهُ دَٲخِرِينَ: Dan semuanya dtg merendah diri, Allah menerangkan bahawa mereka yg ketakutan semasa ditiupkan sangkakala kali kedua semuanya berada di hadapan Tuhan Yang Maha Besar, utk disoal, diminta memberikan jwpn dibacarakan dan dihisab dalam keadaan yg amat hina.

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (88)

Allah menyatakan: Engkau melihat gunung2 itu seolah2 tetap diam kaku tegak ditempatnya walhal gunung2 itu bergerak sama seperti awan yang bergerak, berterbangan di udara tetapi disebabkan gunung itu besar jadi tidak ketara pergerakannya. Ini adalah tanda2 kebesaran Allah. Keterangan ini sama spt dlm ayat 9 dan 10 surah at-Tur:

يَوۡمَ تَمُورُ ٱلسَّمَآءُ مَوۡرً۬ا (٩) وَتَسِيرُ ٱلۡجِبَالُ سَيۡرً۬ا (١٠

Maksudnya:
Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya. (9) Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa. (10)

Juga seperti dalam ayat 47 surah al-Kahfi

وَيَوۡمَ نُسَيِّرُ ٱلۡجِبَالَ وَتَرَى ٱلۡأَرۡضَ بَارِزَةً۬

Maksudnya: Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata.

Begitu juga dalam ayat 20 surah an-Naba'

وَسُيِّرَتِ ٱلۡجِبَالُ فَكَانَتۡ سَرَابًا

Makdudnya:Dan gunung-ganang, setelah dihancurkan, diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir. (an-Naba' - 20)

Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka dia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu. (89) Dan sesiapa yang datang membawa amal jahat (yang telah dikerjakannya) maka sudah tentu mereka akan ditumuskan mukanya ke dalam api Neraka, (sambil dikatakan kepada mereka): Kamu tidak diberi melainkan balasan apa yang kamu telah lakukan. (90)

Pengetahuan Allah meliputi segala apa yang dikerjakan oleh hamba2Nya sama ada baik atau buruk, taat atau maksiat. Dialah yang akan memebrikan balasan di akhirat nanti. Orang2 yg datang menemui Tuhannya dengan membawa amalan yg baik dapatlah balasan syurga yang dijanjikan sehingga tidak merasakan ketakutan krn gemparnya hari kiamat. Mereka adalah orang2 yg beriman, mereka bahagia di akhirat kelak. Manakala org2 yangmenyekutukan Allah dengan membawa amalan2 buruk nescaya dijerumuskan ke dalam neraka. mereka diejek : Tak lain inilah balasan dan hukuman atas apa yang kamu lakukan yg menyebabkan kemurkaan Allah. Merekalah org2 yg celaka.

No comments: