Thursday, July 16, 2009

Suasana Alam Akhirat (5) - Surah At-Takwir (menggulung)


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, pujian yang menyamai nikmat-nikmatNya dan mencukupi kelebihanNya. Wahai tuhan kami bagiMu segala pujian sebagaimana layak bagiMu kedudukan, keagungan dan kebesaran kekuasaanMu. Maha suciMu yang tak mampu kami mengira berapa banyak puji-pujian ke atasmu seperti yang Engkau puji ke atas diriMu sendiri. Maka layak bagiMu segala pujian sekiranya telah Engkau redhai dan bagiMu juga pujian selepas keredhaan itu.

Ya Allah sampaikan selawat serta salam ke atas junjungan nabi Muhammad keluarganya, sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya sehingga ke hari kiamat.





Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). (At-Takwiir 81:1)

Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. 
(At-Takwiir 81:2)

 
Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu). (3)
 
Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar. (4)
 
Dan apabila binatang-binatang liar(buas) dihimpunkan. (5)
 
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur (mengganas/gelombang yang dahsyat). (6)
 
Dan apabila roh-roh disatukan (dengan tubuh/jasad). (7)
 
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: Ditanya. (8)
 
Dengan dosa apakah dia dibunuh? (9)
 
Dan apabila surat-surat amal dibentangkan. (10)
 
Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya. (11)
 
Dan apabila Neraka dinyalakan menjulang. (12)
 
Dan apabila Syurga didekatkan. (13)
 
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya. (14)
 

Allah gambarkan betapa dahsyatnya peristiwa kiamat.. bayangkanlah bagaimana apabila matahari digulung lalu tidak bersinar lagi.. keadaan menjadi gelap gelita.. bintang2 berguguran.. gunung-gunung berterbangan dan segalanya hancur. Manusia pula lupa kepada hartabenda, binatang ternakan, anak isteri, sahabat handai rakan dan taulan. Binatang2 buas pula dikumpulkan, tidak lagi buas kerana terkejutnya akan adanya hari kiamat.. Laut bergelombang dan mengganas dan roh2 dikembalikan dan disatukan dengan jasad.

Kemudian akan berlaku penghisaban atas apa yang manusia kerjakan di dunia ini .. diberikan kitab catatan amalan.. dan ditanyakan mengapa anak2 perempuan dibunuh (Zaman Jahiliyah).. setiap amalan perbuatan dipertanggungjawabkan.. baik gerak geri.. pertuturan tak kira sekecil mana dan sebesar manapun akan disoal dan dipertanggungjawabkan.

Lebih hebat lagi apabila roh2 dipertemukan dengan jasad.. setiap yang hidup kembali pada hari akhirat itu akan diperlihatkan syurga dan neraka.. mereka hairan, kagum terperanjat tetapi bagi orang2 yang beriman yang sememangnya telah percayakan adanya hari akhirat dan pembalasan walaupun mereka juga hairan tetapi mereka dapat merasai kehebatan Allah swt. Punca merasai kehebatan bagi orang2 kafir ialah kerana mereka tak beriman mereka didekatkan kepada neraka sebaliknya puncak kehebatan orang2 beriman ialah didekatkan mereka kepada syurga.

Seterusnya Allah bersumpah dengan bintang2, malam dan siang dan menyeru supaya orang2 kafir beriman kepada Allah.

Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul. (15)
 
Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya. (16)
 
Dan malam, apabila ia hampir habis. (17)
 
Dan siang, apabila ia mulai terang. (18)
 
Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril as ) Utusan yang mulia. (19)
 
Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy. (20)
 
Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai. (21) 

Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
(At-Takwiir 81:22)

Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.
(At-Takwiir 81:23)
Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.
(At-Takwiir 81:24)

Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
(At-Takwiir 81:25

(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
(At-Takwiir 81:26)

Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
(At-Takwiir 81:27)

Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
(At-Takwiir 81:28)

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
(At-Takwiir 81:29)
Demikianlah hebatnya Allah mencipta langit, bumi dan segala isinya.. menjadikan malam dan siang.. oleh itu Allah boleh menghancurkannya semula.

No comments: