Assalamu'alaikum,
Bismillahirrahmanirrahim.
Sebagai makhluk yang berakal, dia pasti sedar bahawa dia akan mati.. walaubagaimanapun ada juga manausia yang lupa bahawa dia pasti mati.. Dia berkelakuan seperti dia akan hidup selama-lamanya.
Agama Islam menganjurkan kepada ummatnya agar sering mengingati mati sedangkan mati itu adalah satu perkara yang amat tidak menarik malah amat mengerikan. Jadi untuk apakah Islam menganjurkan kita sentiasa mengingati mati..
Ketahuilah, bahawa: “Orang yang paling banyak mengingat kematian dan yang paling sibuk mempersiapkan bekal untuk menghadapinya, dialah (orang) yang paling cerdas. Dia pergi dengan kemuliaan dunia dan akhirat.” (H. R. Ibnu Majah).
Satu lagi hadis: Daripada Ibnu Umar r.a : Pada suatu hari aku datang menemui Rasulullah SAW dan ketika itu baginda berada di tengah-tengah para sahabat yang terkemuka. Tiba2 salah seorang sahabat daripada kaun Ansar bangun bertanya kepada baginda: “Ya Rasululullah! Siapakah manusia yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas otaknya?” Rasulullah SAW lalu menjawab: “Yang paling pintar dan paling cerdas ialaha orang yang paling banyak mengingati mati, dan yang paling banyak menyediakan bekal untuk menghadapi mati. Mereka itulah sebenar-benar orang yang pintar. Mereka telah membolot kemuliaan dunia serta ketinggian darjat di akhirat”. (H.R: at-Tabrani).
Jadi, orang yang paling banyak mengingati mati itulah dianggap orang yang paling pintar dan cerdas kerana orang itu sentiasa sebuk dengan persiapan menuju kea lam akhirat. Mereka menggunakan segala nikmat yang Allah kurniakan sebagai alat untuk menemui Allah pada hari yang kekal abadi.
Bila kita terbalikkan hadis di atas, maksudnya menjadikan kita manusia yang sebodoh-bodohnya, kerana orang yang tidak pernah mengingati mati atau lupa tentang mati samalah bodohnya seperti haiwan yang akan dikorbankan.. pada saat dia diikat sementara menunggu saat dia akan ditumbangkan dia tidak merasai apa2 bahkan masih meragut rumput yang hijau dengan jarak beberapa meter sahaja daripada tempat dia akan disembelih..
Mati adalah perkara yang pasti. Mati pasti akan berlaku dan setiap yang bernyawa pasti akan mati. Semua orang tidak dapat lari daripadanya. Firman Allah SWT :
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”. (Ali-Imran 185)
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” . (QS. Al An’aam: 32).
Sesungguhnya apa yang perlu kita bawa adalah Iman dan Amal. Yang ditanya oleh munkar dan nakirpun Iman dan Amal, yang ditanya di Yaumul Mahsyar pun Iman dan Amal.. kehidupan ini terlalu singkat.. 60-70 tahun.. kalau ada yang mencapai 80 atau 100 tahunpun jarang kita dengar namun purata umat akhir zaman ialah 60-70 tahun sahaja.
Ingatlah takrifan umur yang sebenar ialah umur yang kita gunakan untuk TAAT kpd Allah dikira mulai saat baligh hingga kita mati.. bukanlah seperti yg kita selalu takrifkan iaitu dikira sejak sesaat keluar dp perut ibu kita.. ini dikatakan umur produktif..
Pada zaman Nabi Musa a.s, Baginda terlihat seorang wanita menangis, apabila ditanya mengapa dia menangis, wanita itu menyatakan bahawa anaknya mati terlalu muda. Tanya Nabi Musa a.s. “ berapa umurnya?” Dengan sedih wanita itu berkata “350 tahun”. Nabi Musa a.s berkata, “akan datang suatu zaman iaitu umur mereka pendek-pendek, 60-70 tahun sahaja”. Setelah mendengar kata-kata Nabi Musa a.s. itu, wanita tadi terus berhenti menangis dan berkata: “Wahai Nabi Allah, sekiranya saya hidup pada zaman itu, nescaya akan kuhabiskan umurku untuk beribadah”.
Sekarang, mari kita kira berapakah umur produktif kita masing-masing.. marilah kita kira sendiri.. sejauhmanakah kita habiskan masa kita untuk taat pada segala perintahNya?
Dalam umur yang masih berbaki ini, adakah sudah bertimbun amalan yang akan kita bawa kelak? sedangkan kita habiskan masa tidur sahaja; jika dikira kita tidur selama 8 jam sehari, dalam 360 hari selama 70 tahun (purata umur akhir zaman); kita telah habiskan selama 20 tahun untuk tidur sahaja!!! Bayangkan jika kita tidurpun tidak ikut sunnah Nabi, main tutup mata sahaja, sia-sia sahaja tidur kita selama 20 tahun itu.. sama sahaja seperti tidur orang kafir.. langsung tidak mendapat pahala, sedangkan tidur ikut sunnah nabi kita dapat pahala, yakni dengan wudhu’nya, cara tidur dengan mengereng ke kanan atas tangan kanan menghadap kiblat, doa dan zikirnya sepanjang malam semasa tidur tu pahala mengalir.. kalau tak sempat pun cukuplah sekadar membaca “BISMIKALLAHUMMA AHYA’ WAAMUT”.
Malaikat Izrael ( Malaikat Maut ) datang ziarah kita 70 kali setiap hari, dia tengok sama ada, rezeki kita ada lagi atau tidak, kalau tidak, nyawa kita akan dicabut dengan izin Allah dan segala-galanya sudah terlambat waktu itu, dan kita tidak dapat mengubahnya.. sebab mati itu pasti, kalau tak hari ini, esok, tak esok lusa dan ataupun selepas membaca blog ini.. Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment