Surah berikut yang menerangkan suasana alam akhirat ialah Surah Al-Fajr (Fajar) ayat 21 hingga 30
كَلَّآ إِذَا دُكَّتِ ٱلۡأَرۡضُ دَكًّ۬ا دَكًّ۬ا (٢١) وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلۡمَلَكُ صَفًّ۬ا صَفًّ۬ا (٢٢) وَجِاْىٓءَ يَوۡمَٮِٕذِۭ بِجَهَنَّمَۚ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَتَذَڪَّرُ ٱلۡإِنسَـٰنُ وَأَنَّىٰ لَهُ ٱلذِّكۡرَىٰ (٢٣) يَقُولُ يَـٰلَيۡتَنِى قَدَّمۡتُ لِحَيَاتِى (٢٤) فَيَوۡمَٮِٕذٍ۬ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُ ۥۤ أَحَدٌ۬ (٢٥) وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُ ۥۤ أَحَدٌ۬ (٢٦) يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧) ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨) فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى (٢٩) وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى (٣٠)
Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya, (21)
Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah), (22)
Serta diperlihatkan Neraka Jahanam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik) dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? (23)
Dia akan berkata: Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)! (24)
Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. (25)
Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya. (26)
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (27)
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! (28)
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29)
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! / (30)
Allah menggambarkan kepada kita semua.. bahawa pada hari kiamat/akhirat nanti bumi akan dihancurkan sehancur2nya.. segala yang ada di atasnya dan di dalamnya akan dihancurkab dan diratakan serata-ratanya.. dan para malaikat akan datang berbaris2 menjadi saksi atas segala perlakuan kita semasa di dunia ini.. pada hari itu manusia ingin melakukan perkara2 yang baik tetapi sudah terlambat.. mereka mengeluh dan berkata : "Alangkah baiknya jika aku hidup kembali dan alangkah baiknya jika dahulu aku mempersiapkan diriku untuk mengahadapi semua ini.. alangkah baiknya jika aku mengikut ajaran Rasulullah.. alangkah baiknya... dan sebagainya.."
Penyesalan itu sudah tidak berguna lagi.. manusia yang ingkar akan ajaran Rasulullah saw akan dicampakkan ke dalam Neraka satu persatu dengan kasar.. kejam tanpa belas kasihan lagi.. siksaan yang seorang pun tidak pernah melakukan sedemikian (ayat 25) .. selain Allah.. tidak ada seorang pun yang dapat mengikat sebagaimana Allah mengikat (ayat 26) .. kerana kemarahan Allah pada masa itu adalah puncak segala kemarahan.. sedangkan kemarahan Allah semasa manusia berada di atas muka bumi ini amat terbatas.. kemarahan yang disertai dengan beribu2 rahmat melalui sifat Ar-Rahman Allah kepada orang2 yang dimarahi .. disebabkan demikian besarnya kemarahan Allah pada hari akhirat nanti tidak ada seorangpun antara malaikat dan nabi2 serta rasul2 berani berbicara kecuali yang dibenarkan.
Dalam ayat 27 hingga 30, Allah menyatakan kepada orang2 beriman yang yakin dengan hari akhirat dan pembalasan.. gembiralah sepuas2nya.. mereka suka dan Allah pun suka.. ketika itu Allah mempersilakan mereka masuk ke dalam syurga yang telah disediakan..
Ya Allah, lindungilah kami daripada api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu ya Allah.. Amiin..

No comments:
Post a Comment