Tuesday, July 21, 2009

Suasana Alam Akhirat (8) - Surah Al'Aadiyaat (Kuda Perang Yang berlari)

Bismillahirrahmanirrahim.


Surah Al'Aadiyaat - Surah ke 100






Bismillah

A001

A002

A003

A004

A005

A006

A007

A008

A009

A010

A011

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya. (1)  

Serta mencetuskan api dari telapak kakinya. (2)  

Dan meluru menyerbu musuh pada waktu Subuh. (3)  

Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu. (4)  

Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh. (5)  

Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya. (6)  

Dan sesungguhnya dia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian. (7)  

Dan sesungguhnya dia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba). (8)  

(Patutkah dia bersikap demikian?) Tidakkah dia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur? (9) 

Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada? (10) 

Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu.  (11)

Dalam surah ini Allah mencela sikap orang2 yang mementingkan dunia lebih daripada akhirat. Allah bersumpah dengan menyebut ketangkasan kuda yang ditunggangi para mujahid dalam perang fi sabilillah; iaitu semasa peperangan kuda itu amat kencang larinya mengejar musuh sehingga kedengaran suara nafasnya termengah-mengah. Dengan lari yang kencang itu juga mengeluarkan api kerana pada kaki kuda itu diletakkan besi. Lalu kuda itu menggempur musuh dan setelah mendapat kemenangan; Allah ingatkan harta adalah untuk kegunaan perang bukan untuk disimpan sebagai harta sendiri atau untuk kegunaan sendiri dan bukan pula untuk dimegah2kan, namun ada manusia yang tak bersyukur. Mereka lupa bahawa Allah mengurniakan rezeki bukan untuk bermegah2.

Mereka lupa berterima kasih kepada Alllah sebaliknya mereka menjadi bakhil tidak mahu menggunakan harta mereka untuk berjihad fi sabilillah.. mereka lupa pada suatu saat nanti kubur2 mereka akan dibongkar (ayat 9) .. mereka akan dihidupkan dan segala rahsia kejahatan mereka juga akan terbongkar.. tak dapat nak disorokkan kerana Allah mengetahui apa yang ada di dalam dada manusia.

Pada zaman Rasulullah.. ketika ayat2 suci ini diturunkan semua orang kaya yang pada masa itu terkenal dengan kebakhilan mereka menjadi takut dan berubah menjadi orang kaya yang pemurah.. lenyap kebakhilan mereka dan mereka mempergunakan seluruh kekayaan mereka untuk berjuang menegakkan agama Islam.. selepas itu bagaimana melaratpun mereka, anak isteri tidak dapat makan pun mereka berkorban untuk agama Allah ini.. mereka tidak dapat makan berhari2 tetapi jika ada sedikit sahaja makanan mereka akan memberikan kepada orang lain yang lebih melarat.. (banyak kisah2 para sahabat tentang hal ini boleh dibaca melalui sirah Nabi)

Keyakinan akan kehidupan pada hari akhirat menjadikan bangsa Arab ketika itu pemurah, suka menolong, suka berkorban.. tetapi setelah al-quran tidak lagi dipelajari dan difahami manusia kembali menjadi bakhil.

Semoga kita dibukakan pintu hati supaya tidak menjadi orang yang bakhil.. Amiin.

No comments: