بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
فَإِذَا جَآءَتِ ٱلصَّآخَّةُ (٣٣) يَوۡمَ يَفِرُّ ٱلۡمَرۡءُ مِنۡ أَخِيهِ (٣٤) وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ (٣٥) وَصَـٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ (٣٦) لِكُلِّ ٱمۡرِىٍٕ۬ مِّنۡہُمۡ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ شَأۡنٌ۬ يُغۡنِيهِ (٣٧) وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ مُّسۡفِرَةٌ۬ (٣٨) ضَاحِكَةٌ۬ مُّسۡتَبۡشِرَةٌ۬ (٣٩) وَوُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ عَلَيۡہَا غَبَرَةٌ۬ (٤٠) تَرۡهَقُهَا قَتَرَةٌ (٤١) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَفَرَةُ ٱلۡفَجَرَةُ (٤٢
Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat; (33)
Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, (34)
Dan ibunya serta bapanya, (35)
Dan isterinya serta anak-anaknya; (36)
Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja. (37)
Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, (38)
Tertawa, lagi bersuka ria; (39)
Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu, (40)
Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. (41)
Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka. / (42)
Dalam ayat2 di atas suasana pada hari akhirat itu Allah gambarkan akan datang suara yang dahsyat yang tidak pernah kita dengar sebelum ini.. suara itu terbit daripada bunyi letupan bumi, gunung, laut, bintang2, matahari , planet2 lain dan segala isinya.. tatkala itu manusia akan lari berkeliaran tanpa tujuan.. masing2 dengan haluan sendiri.. tidak lagi ingat akan anak isteri.. ibu ayah.. adik abang.. sahabat handai.. jiran2 dsbnya.. ibu akan melemparkan anak yang dikendong atau yang sedang disusukan.. setiap manusia hanya memikirkan diri sendiri.. cubalah bayangkan.. kalau di dunia kita amat sayangkan anak kita isteri atau suami kita.. di sana pula kita sanggup campakkan anak kita..dan bayangkanlah pemandangan dan pengalaman kita dengan tsunami yang baru berlaku..
Selepas kebangkitan pula, seperti dalam surah-surah lain manusia akan terbahagi kepada dua golongan.. ada golongan yang muka mereka bersinar-sinar, tertawa dan bersuka ria, senang dan bahagia.. mereka ini sudah tentulah orang2 yang beriman yang bertakwa dan beramal soleh.. ada golongan yang bermuram durja, kecewa dengan muka mereka yang hitam berdebu dan di hadapan mereka terbentang masa depan yang gelap.. mereka ini adalah golongan orang2 yang tidak beriman.. yang mendustakan agama Allah swt.. mereka akan kekal di dalam Neraka.. sebagaimana berat mereka untuk mempercayai pembalasan Allah semasa berada di dunia berat jugalah mereka menanggung azab di akhirat kelak..
Amat beruntung bagi orang2 yang mendapat petunjuk daripada peringatan Al-Quran ini.. dan merugilah orang2 yang tak pernah mahu mengambil peringatan ini.. yang mereka dengar ialah muzik dan lagu.. membaca komik dan majalah hiburan sedangkan al-Quran dan hadith mereka ketepikan.. mereka menuntut ilmu duniawi tetapi lupa menuntut ilmu akhirat.. Semoga kita dijauhi daripada golongan yang tidak diberi petunjuk.. Amiin
Ya Allah, lindungilah kami daripada Api NerakaMu.. masukkanlah kami ke SyurgaMU ya Allah..
No comments:
Post a Comment